Wednesday, February 1, 2012

Ungkapan kata-kata mutiara ''♥ CINTA ♥'' oleh Ustaz Azhar Idrus.. :)

♥"Berdua dengan yang sudah halal , pasti lebih baik.."

♥''Jatuh cinta itu fitrah, ingin bercinta itu fitrah . Jika fitrah itu dibawa dengan aliran yang betul ia mulia, jika di alir dengan aliran yang salah ia hina..''

♥''Cinta pada kekasih tak bererti, tidak menjanjikan untuk esok hari..''

♥''Jodoh menentukan pertemuan, takdir yang menentukan perpisahan..''

♥"Kebahagiaan rumahtangga 100% datangnya dari Allah, bukannya kerana rupa, harta mahupun cinta.."

♥''Seorang isteri hidangkan air dan duduk di sebelah suaminya :

Suami : sayang, air ni tawar.. cuba sayang minum.
Isteri : ye ke bang?? (sambil rasa air dari cawan suaminya)
Suami : (minum bekas bibir isterinya di cawan itu) Emmm.. Baru manis.. "

♥"Cinta pada Allah, itulah cinta yang paling abadi.."

♥''Tak faham la cara orang sekarang bercinta, langsung tiada kasih sayang''

♥''Tiada baginya cinta tanpa hati melainkan dengan kekuasaan Allah..''

-Ustaz Azhar Idrus -