Thursday, January 26, 2012

ujian Allah!

dugaan Allah semua itu harus dilalui oleh kita sebagai hambaNya. orang yang sentiasa dilanda dugaan adalah org yang Allah sayang. kita cuma harus bersabar menghadapinya. insyaAllah. apa yang diduga olehNya, adalah supaya kita lebih mendekatkan diri lagi denganNya. oleh itu, sebagai manusia. sabar itu penting. 


ini kisah saya.


dugaan demi dugaan yang saya alami kadang-kadang membuat kan saya terjatuh, hingga tak mampu untuk berdiri. apa salah diri ini! selalu saya berkata begitu. tapi, siapalah kita untuk mempersoalkan apa y diduga oleh Nya. kita hanya hambaNya. dan hanya perlu terus taat dan setia kepadaNya. hati ingin sekali meredhakan apa sahaja yang berlaku. tetapi, hasutan syaitan itu lebih kuat. sungguh! saya akui. pegangan dan kepercayaan saya padaNya tidak kuat lagi.

sampai satu saat, saya tersedar. dugaan ini semua sebenarnya, adalah untuk kebaikan saya. Allah sayang saya. Dia mahu saya dekat dengannya. sentiasa merayu, berdoa dan terus meminta kepadaNya. tapi hati ini manusia biasa. kadang-kadang ia terkucil jua. sabar tidak dapat dipupuk lagi di dalam hati. insyaAllah dengan bantuan Allah. sifat sabar ini akan lebih mekar di dalam hati berbanding dengan sifat amarah.

ya! saya ingin berubah! ingin sekali berubah ke arah kebaikan. setelah apa yang saya lalui, saya serik sudah ingin melalui hidup yang dulu. jodoh, pertemuan itu di tangan Allah. bercinta tidak semestinya kita ada jodoh. Allah itu lebih mengetahui. saya ingin serahkan segalanya kepada Allah. biarlah takdir yang menjalankan tanggungjawabnya. sudah tiada daya untuk saya terus mencari dan mencari. pencarian pun sia-sia jika mereka itu hanya inginkan saya sebagai kekasih. bukan sebagai isteri. saya ingin kan perhubungan yang diredhai oleh Allah. insyaAllah . dipermudahkan olehNya. amin. =) teruskan istiqamah!



No comments:

Post a Comment